Entries

Profile

Links

Archives

Archives

Seeping into the fabric, staining the white,
Scars on her wrist, evidence of the fight,
Dripping, dripping, she made a mistake,
Slipping, slipping, how much will this take?


Her blood is black, and it's cold and it's...
Her blood is black, and it's poison and...
Her blood is black, and it's coming and...
Her blood is black...
So dark and so angry, it's killing me slowly,
Stop her, someone, please...


Click, click, her heels in the hallway,
Follow the trail of her blood on the floor,
Flick, flick, the switch in the hallway,
Plunge the room into darkness, we'll suffer no more...


Her blood is black, and it's cold and it's...
Her blood is black, and it's poison and...
Her blood is black, and it's coming and...
Her blood is black...
So dark and so angry, it's killing me slowly,
Stop her, someone, please...


The blade slides across the grey tiles on the floor,
Hiding in the corner, leaning on the door,
Her vision is blur, she can't feel a thing,
Her time has come, and death gives her wings...


Her blood is black, and it's cold and it's...
Her blood is black, and it's poison and...
Her blood is black, and it's coming and...
Her blood is black...
So dark and so angry, it's killing me slowly,
Stop her, someone, please...


Seeping into the fabric, staining the white,
Scars on her wrist, evidence of the fight,
Dripping, dripping, she made a mistake,
Slipping, slipping, how much will this take?


Her blood is black...






Merenung jauh menikam mata
Kesepian alam sekeliling dihayati
Merenung dalam antalogi rahsia
Kesunyian tertera wujud dalam hati

Menaruh harapan walau ragu
Menepis renungan yang mencengkam
Berdiri dalam kamar fantasia,terpaku
Titik-titik air mata serap mendalam




Credits

Layout by Kuroda


Friday, May 4, 2007

~Di mana jua,Di mana jua~

Kekosongan mengisi ruang hati
Kesepian berdesing di kedua kelopak telinga
Mata dipejam
Aku kejam
Sungguh kejam
Cinta berdusta,berdusta,berdusta
Kata-katamu hanya permainan direka
oleh hati sehitam malam
Menjerat hati,mengancam,
Aku kejam
Sungguh kejam,
Untuk mempercayai dusta mu
Sungguh sejuk besi ini,
tipis,tajam
Sungguh sejuk hatiku,
semakin sepi degupan,
Mataku dipejam

Last Son of Krypton was found at the mortuary at 6:05 AM


Friday, April 20, 2007

~ulasan Jumaat~

Kemarau Australia Semakin Teruk dan Ancam Pertanian

Kemarau di Australia semakin buruk, dan jika hujan tidak turun bulan depan negara itu akan menghadapi masalah kekurangan air untuk pengairan.Rakyat Australia mungkin menghadapi kenaikan harga makanan jika peladang di lembangan Murray-Darling, yang menampung 85 peratus bekalan pengairan negara itu, tidak mendapat bekalan air.

Nama Orang Mati Antara Yang Dituduh Rasuah

Nama orang yang sudah meninggal dunia disertakan sebagai salah seorang tertuduh dalam satu kes rasuah sehingga menyebabkan kemarahan hakim Mahkamah Sesyen.

Strategi Baru Bagi Hadapi Saingan

Singapura akan mengamalkan satu formula pertumbuhan baru bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit daripada ekonomi negara-negara maju dan membangun. Formula itu merangkumi bukan saja pertumbuhan ekonomi bahkan bidang-bidang seperti sosial, masyarakat dan pembangunan sumber manusia

Last Son of Krypton was found at the mortuary at 8:35 AM


Thursday, April 19, 2007

~ulasan Khamis~

Bincang Strategi Kembang Ekonomi Singapura

Sebuah panel penasihat antarabangsa peringkat tinggi akan bertemu di sini selama tiga hari bagi membincangkan strategi dalam mengembangkan lagi ekonomi Singapura untuk tempoh 40 tahun.Perbincangan itu akan tertumpu pada landskap ekonomi yang berubah dalam dunia global dan usaha mengukuhkan kedudukan Singapura dalam menghadapi pelbagai cabaran dan merebut peluang pekerjaan dan perniagaan.

Projek Selidik Alat Ujian DNA Antara Empat Penerima Biaya Pemerintah

Mengenal pasti mangsa bencana alam seperti tsunami memang sukar lebih-lebih lagi mayat yang ditemui dalam keadaan reput kerana terdedah begitu lama kepada alam sekitar.
Namun usaha mengenal pasti mayat-mayat itu akan dipermudahkan berkat projek inovasi yang kini diusahakan Penguasa Sains Kesihatan dengan kerjasama unit Pengenalan Mangsa Bencana dan Pasukan Polis Singapura.

Amerika Nasihatkan Warganya Usah Naik Pesawat Indonesia

Amerika Syarikat menasihatkan rakyatnya supaya jangan menggunakan syarikat-syarikat penerbangan Indonesia menyusuli beberapa kejadian nahas, termasuk dua nahas udara yang mengorbankan lebih 120 jiwa tahun ini.


betapa senyap
sunyi malam ini
kesepian yang membisukan
keinsafan yang tidak didengar

Last Son of Krypton was found at the mortuary at 8:20 AM


Wednesday, April 18, 2007

~Ulasan Selasa~

KES SERANGAN LANUN JATUH TERTINGGI

Bilangan serangan lanun dan rompakan bersenjata di perairan laut Asia Tenggara bagi suku pertama tahun ini mencatatkan pengurangan tertinggi dalam tempoh lima tahun, menurut satu laporan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) semalam.Ini menunjuk keberkesanan pihak berkuasa serantau untuk mengawal rompakan di perairan yang antara paling dilalui oleh kapal-kapal.

SEOUL ANCAM TANGGUH BANTUAN BERAS

Korea Selatan bercadang menangguhkan bantuan 400,000 tan beras kepada Korea Utara kecuali Pyongyang mengambil langkah menutup loji nuklear utamanya di Yongbyon. Saya rasa ancaman ini kemungkinan lebih berkesan dari mengadakan perbicaraan dengan pihak politik Korea Utara.Walaubagaimanapun,selalunya orang awam yang sengsara dalam pertikaian politiks.

SARANG MAKSIAT DI HUTAN UPP THOMSON

SIAPA sangka dalam sebuah hutan kecil di Upper Thomson Road tersembunyi beberapa tilam yang ditutupi kelambu? Namun, inilah 'rahsia' sekumpulan warga Thailand yang telah menjadikan kawasan tersebut sarang pelacuran mereka sejak beberapa bulan lalu.Pihak polis telah pun memberkas mereka setelah menerima maklumat tentang kegiatan haram itu.

Last Son of Krypton was found at the mortuary at 10:48 PM

~ulasan Rabu~

Kemalangan Udara Capai Rekod Terendah Tahun Lalu

Persatuan Penerbangan Udara Antarabangsa menggesa supaya keselamatan perjalanan udara dipertingkatkan.Ini walaupun pada tahun lalu perusahaan itu mencapai rekod tahap paling selamat dengan jumlah kemalangan di udara mencapai paras paling rendah.

Tingkat Upaya Elay Serangan Siber

Rangkaian infokom Singapura akan lebih selamat daripada ancaman serangan siber dengan pelancaran Pelan Induk Keselamatan Infokom kedua tahun depan.Pelan ini memberi tumpuan pada kerjasama antarabangsa dan secara langsung memantau tahap keselamatan rangkaian infokom negeri 24jam sehari.

Korea Utara Mula Tutup Reaktor Nuklear

Korea Utara mungkin mula menutup reaktor nuklearnya di Yongbyon hanya beberapa hari terlepas tarikh penamat yang ditetapkan dalam perjanjian 13 Februari lalu.

Last Son of Krypton was found at the mortuary at 7:41 AM


Tuesday, April 17, 2007

~Kesemua~

Kesemua yang kamu katakan
Kesemua yang kamu lakukan
Kesemua yang kamu lukakan
Aku mendengar
Aku melihat
Aku menerima
Kesemua yang kamu lupakan
Kesemua yang kamu sungkurkan
Kesemua yang kamu rasakan
Kesemua yang kamu tidak katakan
Kesemua yang kamu rahsiakan
Aku tahu mengapa
Tentang kesemuanya

Last Son of Krypton was found at the mortuary at 7:15 AM


Monday, April 16, 2007

~ Ulasan Isnin ~

Askar Jerman Beri Arahan Perkauman

Seorang instruktur tentera Jerman telah memerintahkan seorang rekrut yang sedang berlatih dengan mesingan membayangkan dirinya menembak rakyat Amerika Syarikat berketurunan Afrika menghina ibunya. Kementerian Pertahanan Jerman sedang menyiasat klip video amatur yang telah merakamkan kejadian tersebut. Kini instruktur tersebut telah dipindahkan ke jawatan lain. Askar Jerman telah dihadapkan dengan beberapa skandal yang merosakkan imejnya sejak beberapa tahun kebelakangan. Pada pendapat saya,memang tidak wajar untuk seorang instruktur yang berpangkat dan berpengalaman untuk mengarahkan rekrut di bawah penjagaannya dengan sikap perkauman.

Kejayaan Isu Air Bukti Kepimpinan Terbaik

KEJAYAAN Singapura berdaya tahan dalam bekalan airnya adalah kerana ia mempunyai para pemimpin yang terbaik, yang senantiasa memikirkan huraian kepada masalah melibatkan soal penakatan negara. Sejak tahun 1960-an,pemerintah Singapura telah giat memikirkan tentang isu air,suatu sumber yang menjamin penakatan dan kehidupan di kota ini. Sememangnya sebagai seorang rakyat Singapura,saya bangga kerana pemerintahan kami cekap dan memikir jangka panjang.

Singapura Perlu Kurangkan Guna Beg Plastik

Singapura perlu mengurangkan penggunaan beg plastik yang berlebihan iaitu mencecah 2.5 bilion setahun. Jika ini dapat dilakukan, Singapura bukan hanya dapat menyumbang kepada penjagaan alam sekitar, bahkan mengurangkan masalah sampah serta melanjutkan usia tapak pelupusan sampah Semakau. Saya rasa memang wajar supaya rakyat Singapura digalakkan untuk memainkan peranan lebih proaktif untuk lebih peka tentang penjagaan alam sekitar.


nafas terakhir dihembus
bisikan bicara penutup
pancaran cahaya menembusi kelopak
terakhir kalinya

Last Son of Krypton was found at the mortuary at 5:16 AM








~Pelajar Maktab Rendah Innova
~Pelajar Sastera
~14111989

Kegemaran

[sastera] [melukis] [menulis] [berenang] [berbasikal] [gym] [alam fantasia dan mitologi] [grafiti] [muzik] [layar perak] [muzium] [merah dan hitam] [bermain gitar] [memasak] [motorsikal HarleyDavidsons] [mengembara] [menghayati kewujudan] [mencari diri dan maksud kehidupan]



links here.




  • ~Di mana jua,Di mana jua~
  • ~ulasan Jumaat~
  • ~ulasan Khamis~
  • ~Ulasan Selasa~
  • ~ulasan Rabu~
  • ~Kesemua~
  • ~ Ulasan Isnin ~
  • ~Pengenalan Diri~
  • Jangan pandang semata-mata keranajangan pandang di...